Malay Introduction
From OneSchoolWiki
| “Introduksi kepada One-Books Wiki” |
|
Laman Wiki “Satu Buku” merupakan satu perpustakaan percuma yang direka khas untuk para pendidik serta pelajar-pelajar di Malaysia, baik di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah, di mana ianya membekalkan buku elektronik di jaringan internet kepada para pendidik dan pelajar secara percuma. Objektif:
Menyediakan satu platform untuk semua pendidik, supaya mereka dapat membangunkan serta mengongsi pengetahuan dan sumber pendidikan mereka. Selama ini para pendidik menyediakan bahan-bahan pengajaran secara berasingan, mereka jarang berkongsi database yang didirikannya. Akan tetapi, proses untuk menyediakan bahan pengajaran multimedia seperti powerpoint agak rumit dan memakan masa, tambahan pula sesetengah pendidik kurang mahir dalam skil komputer, ini mengakibatkan ramai pendidik yang berminat terhadap pengajaran cara elektronik menyerah akhirnya. Memandangkan para pendidik masa kini kerap dikelilingi oleh kerja dokumentasi yang membebankan, kami berhasrat tinggi untuk membangunkan platform internet ini, supaya kita dapat bersama-sama membentukkan suatu rangkaian buku rujukan elektronik yang lengkap. Rangkaian ini pula seterusnya akan terbuka kepada para pendidik untuk salin, duplikasi mahupun sunting demi tujuan menyusun nota pengajaran atau pengajaran elektronik secara slide masing-masing. Penaja utama kami iaitu Home Education Concept telahpun bersetuju untuk membekalkan galeri imej digital mereka kepada para pendidik untuk kegunaan pendidikan ( bukan komersial ). Anda dapat melayari galeri imej digital ini dengan hanya klik sambungan “Galeri”. Melalui Laman Wiki “Satu Buku”, anda dibenarkan untuk menggunakan imej-imej ini secara bebas untuk memasukkan apa sahaja isi kandungan.
Membekalkan satu rangkaian buku rujukan multimedia elektronik yang kaya dengan kandungan kepada para pelajar, dengan tujuan memupuk kebolehan mereka untuk belajar secara berdikari, meninggalkan corak belajar “spoon-feed” serta menggalakkan mereka supaya mendapatkan informasi yang berkaitan dengan pelajaran melalui internet. Kami juga membekal informasi multimedia seperti video Youtube ( atau sambungan ) dalam buku rujukan elektronik kami, semoga dengan animasi-animasi dan imej-imej pendidikan yang menarik ini, minat mereka terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan.
Kami memerlukan sumber tenaga manusia serta sumber kewangan yang banyak demi membangun dan mengekalkan website One-School.net ini, semoga ianya dapat gagah memaju bawah bimbingan dan usaha semua. </font> |
